
Mengekalkan kesihatan diri sebenarnya cukup mudah jika kita rajin dan selalu berfikiran positif dalam melakukan sesuatu perkara. Mari kita lihat 7 amalan dibawah ini yang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan.
1. Minum Susu
Setiap pagi sebelum kita memulakan aktiviti atau kerja minumlah segelas susu. Minum susu rendah lemak dan tinggi kalsium adalah pilihan yang terbaik bagi kita untuk mendapatkan tenaga.
2. Pasang Matlamat
Tekadkan dalam hati anda sentiasa mahukan hidup yang sihat dan berkualiti. Apabila anda sudah menetapkan matlamat sudah pasti ia akan dapat melonjakkan semangat dalam melakukan sebarang tugasan.
3. Bersukan
Peruntukkan sedikit masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk anda melibatkan aktiviti dalam kegiatan sukan beriadah seperti berjogging, berenang, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal anda.
4. Rehat
Gunakanlah sebaik-baiknya ruang masa yang ada untuk berehat setelah anda penat pulang dari berkerja. Yang paling utama ialah jaga waktu tidur anda sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
5. Kebersihan Diri
Sebelum makan pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu dengan menggunakan sabun agar tiada kotoran yang melekat. Begitu juga ketika anda mandi, gunakanlah sabun mandi dan syampoo rambut yang sesuai agar kebersihan diri anda sentiasa di tahap yang optimum.
6. Diet Pemakanan
Kawal dan catu sedikit pengambilan lauk ketika anda makan nasi. Elakkan dari mengambil makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan kurangi makanan bergaram, bergula dan berminyak.
7. Pengurusan Stres
Stres atau pun tekanan jika tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan anda makan terlalu banyak. Oleh itu anda haruslah bijak dalam menangani atau menyerap sebarang tekanan yang boleh mengakibatkan stres terus berlaku.